Pengalaman Tanaman Nangka Madu YL

Pengalaman penanaman buah nangka madu oleh keluarga YL di Rawang, Selangor telah membuktikan bahawa baja asli pekat FTi-7 berjaya mengeluarkan kualiti buah nangka yang sangat memuaskan dalam peningkatan ciri-ciri pemasaran buah nangka madu. Antaranya termasuk saiz buah yang lebih besar, jangka simpanan buahnya lebih panjang, lebih tebal isi buahnya, peratus isi buah potong yang lebih tinggi, kemanisan buah yang unik, hebat dan harum aromanya, ranggup buahnya yang merangsangkan, dll.

Saturday, August 19, 2017

Maaf kerana lama tidak buat posting. Cuma hendak maklumkan bahawa urusniaga kami masih berjalan seperti biasa. Nombor hubungan masih sama iaitu 012-5101807 untuk Puan Hee. Terima kasih banyak banyak kerana mengikut posting kami. 19-08-2017

Friday, April 4, 2014

Tempat Baru Urusniaga Green Station Network - 2014

Dengan hati yang gembira saya ingin istiharkan bahawa Green Station Network secara rasmi telah bertempat di satu lokasi yang sesuai untuk urusniaga buah nangka madunya mulai bulan Februari 2014. Alamat : 157, Jalan 19, Taman Usaha Jaya, Kepong, 52100 Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Jalan Bukit Desa Utama, Taman Bukit Desa Kepong, Kuala Lumpur.

Di sini pelanggan dapat merasa buah nangka madu spisis kacukan kami yang unik dan juga melihat buah nangka kami sini. Masa urusnuaga : 8.30pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Nombor untuk berhubung : Puan Hee 012-5101 807  ale6208@hotmail.com jackfruit@greenstationnetwork.com



Di sini beberapa gambar untuk maklumat tuan-tuan dan puan-puan berkenaan dengan keadaan kami terkini.
Terima kasih banyak banyak sudi melihat laman blog kami.
Puan Hee telah menolong ibubapanya mencapai cita-cita mereka supaya hasil buah nangka madu jenis Yan Lee dapat dirasai oleh semua orang. Balasan dari pelanggan sangatlah kami hargai supaya hasil buah nangka ini boleh  terus dipertingkatkan di masa hadapan dan membawa hasil kutipan wang asing dari ekport ke negara asing.

Ibubapa Puan Hee inilah yang telah bermula berusaha tungkus lumus lebih dari 30 puluh tahun dahulu di ladang nangka kami untuk mendapatkan hasil nangka yang bermutu dan berkualiti komersil untuk pasaran ekspot dan tempatan.

Kutipan hasil dari ladang sendiri dibuat setiap hari.

Pelanggan boleh memperolehi buah dari stor kami di kedai

Sebahagian dari stok buah nangka madu kami di kedai untuk pasaran borong tempatan

En. Hee (Bapa Puan Hee) yang memulakan penanaman buah nangka madu Yan Lee dan berterusan dengan kajian yang teliti dengan kacukan baru supaya menghasilkan buah nangka yang berharuman unik dan rasa yang mendapat sambutan hangat. Ramai pelanggan datang ke kedai untuk membeli buah yang paling segar supaya dibawa keluar negara untuk dirasai oleh kawan-kawan dan saudara-mara mereka di sana. 

Puan Hee berpuas hati dengan urusniaga buah nangka madu yang mendapat sambutan hangat dari semua kalangan masyarakat dan juga penjual-penjual nangka madu

Salah seorang ahli keluarga sedang membantu dalam urusniaga keluarga ini

Buah Nangka madu yang siap diproses untuk dibekalkan kepada outlet di Malaysia dan juga untuk ekspot

Buah nangka madu jenis Yan Lee kami berwarna kuning

Tempat memproses buah nangka

Contoh anak pokok kacukan kami - Pokok Jenis Yan lee

Anak pokok hendaklah ditempah dahulu sebelum kami boleh membekal kepada pelanggan

Kami membekal anak benih kacukan yang sedia untuk penaman baru

Contoh anak pokok Yan Lee tempahan dari penanam baru
Papan Tanda di kedai kami , 29-01-2014

Friday, August 2, 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013




Green Station Network dengan ikhlasnya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua pelangan-pelangan kami yang telah memberi sokongan kepada kami sepanjang masa ini. Dalam musim Perayaan yang mulia ini, Green Station Network ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan dan pelangan-pelangan kami semoga semua ahli keluarga dalam keadaan sihat dan selamat. 

 Saya, Puan Hee juga ingin mengambil kesempatan mengemaskinikan nombor telefon terkini iaitu 012- 5101 807.    Harap maklum. Terima Kasih.

 

Friday, October 14, 2011

Beli Online di www.gsnEstore.com


Salam Mesra,
Kami ingin mengistiharkan bahawa Green Station Network telah memulakan perniagaan ONLINE di www.gsnestore.com Sila belayar ke stor kami untuk belian baja FTi-7 dan FertiGro di bahagian HOME & GARDEN.

Untuk tempahan anak pokok , buah nangka atau pun pesanan yang lebih , sila hubungi kami. Kami akan memberi harga yang perpatutan.

Sila layari www.greenstationnetwork.com untuk muatturun Risalah dalam Bahasa Malaysia, English atau pun Bahasa China.

Terima kasih.
Pengurus.

Monday, May 23, 2011

FTi-7 - Video untuk Cara Semburan & Edisi Baru

Green Station Network (www.greenstationnetwork.com) adalah Pengedar Utama di Malaysia untuk Baja Pekat FTi-7 ingin memaklumkan bahawa edisi baru dalam pembungkusan baru seperti dalam gambar-gambar di sini.
Cara penggunaannya masih sama tiada pertukaran.
Emailkan kami di jackfruit@greenstationnetwork.com untuk dapatkan Risalah lengkap tentang FTi-7 dan pengesahan dari makmal dan SIRIM.

Kami sedang rekrut lebih ramai stokist FTi-7 untuk semua tempat di Malaysia. Sila hubungi Puan Hee di 012-5101 807.








APLIKASI UNTUK POKOK NANGKA

1. Larutan: 1 : 60
Campurkan 1 liter FTi-7 dengan 60 liter air
Atau
16.66ml FTi-7 dengan 1 liter air, iaitu 1 liter FTi-7 cukup untuk semburan 60 pokok besar.
Untuk pam 16liter air, Fti-7 diperlukan ialah 16 x 16.66ml =266ml
Untuk pam 18liter air, Fti-7 diperlukan ialah 18 x 16.66ml =300ml
Arahan Penting: Goncangkan botol FTi-7 sebelum membuka. Ini untuk memastikan kesemua kandungan dalam botol bergaul dengan sempurna dan habis dituangkan keluar.
2. Dosage: 1 liter larutan (campuran) setiap pokok. Satu bulan sekali.
3. Cara penggunaan dari peringkat pindahan poli beg ke ladang:
i. Selepas ditanam:- semburan ringan ke atas daun, batang iaitu seluruh pokok dan tanah sebaik sahaja selepas ditanam (hingga dibasahi sudah mencukupi).
ii. 10 hari selepas ditanam:- semburan ringan ke atas seluruh pokok dan tanah – 50 ml larutan setiap pokok
iii. 20 hari selepas ditanam:- semburan ringan ke atas pokok dan tanah – 100 ml larutan setiap pokok
iv. 30 hari selepas ditanam:- semburkan ke atas pokok dan tanah – 200 ml larutan setiap pokok
v. 200 ml larutan ditambah setiap bulan sehingga tinggi pokok mencapai 4 kaki atau mencukupi 6 bulan di ladang.
vi. Jika tinggi pokok mencapai 4 kaki atau mencukupi 6 bulan di ladang, ia dianggap pokok dewasa. Semburan 1 liter larutan setiap pokok setiap 30 hari. Semburan harus dibuat di bahagian (a) dan (b).
Maklumat Penting:
· Tiada baja lain diperlukan apabila FTi-7 digunakan.
· FTi-7 tidak mengandungi campuran bahan kimia
· FTi-7 terdiri daripada 100% bahan asli dan semulajadi yang tidak berbahaya.
Langkah Berjaga-jaga:
· Jangan bercampur dengan racun serangga dalam larutan FTi-7 apabila membaja.
· Ubat serangga dibenarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum atau selepas FTi-7 digunakan.
· Jangan membaja apabila matahari terlalu kuat, waktu penyerapan yang paling bagus adalah pada waktu awal pagi