Pengalaman Tanaman Nangka Madu YL

Pengalaman penanaman buah nangka madu oleh keluarga YL di Rawang, Selangor telah membuktikan bahawa baja asli pekat FTi-7 berjaya mengeluarkan kualiti buah nangka yang sangat memuaskan dalam peningkatan ciri-ciri pemasaran buah nangka madu. Antaranya termasuk saiz buah yang lebih besar, jangka simpanan buahnya lebih panjang, lebih tebal isi buahnya, peratus isi buah potong yang lebih tinggi, kemanisan buah yang unik, hebat dan harum aromanya, ranggup buahnya yang merangsangkan, dll.

Friday, June 25, 2010

cara penanaman nangka madu ini sebagai rahsia


Setelah keluarga kami telah mencapai tahap di mana mutu buah ini boleh diterima dan dinikmati oleh pelanggan di tahap antarabangsa 20 tahun dahulu, maka keluarga kami telah menjadikan cara penanaman nangka madu ini sebagai rahsia yang tidak boleh diberitahu kepada pengusaha nangka yang lain. Itu adalah satu kesilapan yang amat besar disedari apabila didapati pasaran luar negara kami tidak dapat ditanggungi dengan tanaman kami sendiri.

No comments:

Post a Comment