Keluarga saya pekebun dan peniaga nangka madu sejak 30 tahun dahulu. Kami mendapati penanaman dan perniagaan buah nangka madu ini amat mencabarkan. Pada mulanya, kami mengalami banyak masalah seperti buah yang berulat, isi buah yang keras dan rasanya seperti ubi, kurang keharumannya walaupun kelihatan cantik, warna isi buah yang berubah-ubah,
Pengalaman Tanaman Nangka Madu YL
Pengalaman penanaman buah nangka madu oleh keluarga YL di Rawang, Selangor telah membuktikan bahawa baja asli pekat FTi-7 berjaya mengeluarkan kualiti buah nangka yang sangat memuaskan dalam peningkatan ciri-ciri pemasaran buah nangka madu. Antaranya termasuk saiz buah yang lebih besar, jangka simpanan buahnya lebih panjang, lebih tebal isi buahnya, peratus isi buah potong yang lebih tinggi, kemanisan buah yang unik, hebat dan harum aromanya, ranggup buahnya yang merangsangkan, dll.
Friday, June 25, 2010
Keluarga saya pekebun dan peniaga nangka madu
Keluarga saya pekebun dan peniaga nangka madu sejak 30 tahun dahulu. Kami mendapati penanaman dan perniagaan buah nangka madu ini amat mencabarkan. Pada mulanya, kami mengalami banyak masalah seperti buah yang berulat, isi buah yang keras dan rasanya seperti ubi, kurang keharumannya walaupun kelihatan cantik, warna isi buah yang berubah-ubah,
biji buah tidak sihat kelihatan berwarna/berbintik oren seperti berkarat, isi buah yang berbintik-bintik seolah-olah ada ulat, biji/isi buah yang berair, isi buah yang menonjol dan pecah sebelum kemasakan, isi buah yang berbentuk kecil dan tipis isinya, macam-macam keganjilan buah yang kami hasilkan. Jadi, kami telah mencuba dengan sedaya-upaya untuk mendapatkan hasil yang semakin baik.
cara penanaman nangka madu ini sebagai rahsia
Setelah keluarga kami telah mencapai tahap di mana mutu buah ini boleh diterima dan dinikmati oleh pelanggan di tahap antarabangsa 20 tahun dahulu, maka keluarga kami telah menjadikan cara penanaman nangka madu ini sebagai rahsia yang tidak boleh diberitahu kepada pengusaha nangka yang lain. Itu adalah satu kesilapan yang amat besar disedari apabila didapati pasaran luar negara kami tidak dapat ditanggungi dengan tanaman kami sendiri.
pembajaan itulah yang amat penting demi menghasilkan mutu buah yang tinggi
Kami mendapati pembajaan itulah yang amat penting demi menghasilkan mutu buah yang tinggi. Oleh kerana cara pembajaan tradisional kami itu amat rumit dipelajari, kami mulai mencari penyelesaian cara pembajaan dari pasaran baja. Telah banyak baja di pasaran telah dicubai. Akhirnya kami mendapati cuma baja FTi-7 yang boleh dijadikan ganti baja tradisional rahsia yang kami gunakan di kebun kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)