Pengalaman Tanaman Nangka Madu YL

Pengalaman penanaman buah nangka madu oleh keluarga YL di Rawang, Selangor telah membuktikan bahawa baja asli pekat FTi-7 berjaya mengeluarkan kualiti buah nangka yang sangat memuaskan dalam peningkatan ciri-ciri pemasaran buah nangka madu. Antaranya termasuk saiz buah yang lebih besar, jangka simpanan buahnya lebih panjang, lebih tebal isi buahnya, peratus isi buah potong yang lebih tinggi, kemanisan buah yang unik, hebat dan harum aromanya, ranggup buahnya yang merangsangkan, dll.

Friday, October 14, 2011

Beli Online di www.gsnEstore.com


Salam Mesra,
Kami ingin mengistiharkan bahawa Green Station Network telah memulakan perniagaan ONLINE di www.gsnestore.com Sila belayar ke stor kami untuk belian baja FTi-7 dan FertiGro di bahagian HOME & GARDEN.

Untuk tempahan anak pokok , buah nangka atau pun pesanan yang lebih , sila hubungi kami. Kami akan memberi harga yang perpatutan.

Sila layari www.greenstationnetwork.com untuk muatturun Risalah dalam Bahasa Malaysia, English atau pun Bahasa China.

Terima kasih.
Pengurus.

Monday, May 23, 2011

FTi-7 - Video untuk Cara Semburan & Edisi Baru

Green Station Network (www.greenstationnetwork.com) adalah Pengedar Utama di Malaysia untuk Baja Pekat FTi-7 ingin memaklumkan bahawa edisi baru dalam pembungkusan baru seperti dalam gambar-gambar di sini.
Cara penggunaannya masih sama tiada pertukaran.
Emailkan kami di jackfruit@greenstationnetwork.com untuk dapatkan Risalah lengkap tentang FTi-7 dan pengesahan dari makmal dan SIRIM.

Kami sedang rekrut lebih ramai stokist FTi-7 untuk semua tempat di Malaysia. Sila hubungi Puan Hee di 012-5101 807.








APLIKASI UNTUK POKOK NANGKA

1. Larutan: 1 : 60
Campurkan 1 liter FTi-7 dengan 60 liter air
Atau
16.66ml FTi-7 dengan 1 liter air, iaitu 1 liter FTi-7 cukup untuk semburan 60 pokok besar.
Untuk pam 16liter air, Fti-7 diperlukan ialah 16 x 16.66ml =266ml
Untuk pam 18liter air, Fti-7 diperlukan ialah 18 x 16.66ml =300ml
Arahan Penting: Goncangkan botol FTi-7 sebelum membuka. Ini untuk memastikan kesemua kandungan dalam botol bergaul dengan sempurna dan habis dituangkan keluar.
2. Dosage: 1 liter larutan (campuran) setiap pokok. Satu bulan sekali.
3. Cara penggunaan dari peringkat pindahan poli beg ke ladang:
i. Selepas ditanam:- semburan ringan ke atas daun, batang iaitu seluruh pokok dan tanah sebaik sahaja selepas ditanam (hingga dibasahi sudah mencukupi).
ii. 10 hari selepas ditanam:- semburan ringan ke atas seluruh pokok dan tanah – 50 ml larutan setiap pokok
iii. 20 hari selepas ditanam:- semburan ringan ke atas pokok dan tanah – 100 ml larutan setiap pokok
iv. 30 hari selepas ditanam:- semburkan ke atas pokok dan tanah – 200 ml larutan setiap pokok
v. 200 ml larutan ditambah setiap bulan sehingga tinggi pokok mencapai 4 kaki atau mencukupi 6 bulan di ladang.
vi. Jika tinggi pokok mencapai 4 kaki atau mencukupi 6 bulan di ladang, ia dianggap pokok dewasa. Semburan 1 liter larutan setiap pokok setiap 30 hari. Semburan harus dibuat di bahagian (a) dan (b).
Maklumat Penting:
· Tiada baja lain diperlukan apabila FTi-7 digunakan.
· FTi-7 tidak mengandungi campuran bahan kimia
· FTi-7 terdiri daripada 100% bahan asli dan semulajadi yang tidak berbahaya.
Langkah Berjaga-jaga:
· Jangan bercampur dengan racun serangga dalam larutan FTi-7 apabila membaja.
· Ubat serangga dibenarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum atau selepas FTi-7 digunakan.
· Jangan membaja apabila matahari terlalu kuat, waktu penyerapan yang paling bagus adalah pada waktu awal pagi