Cara penggunaannya masih sama tiada pertukaran.
Emailkan kami di jackfruit@greenstationnetwork.com untuk dapatkan Risalah lengkap tentang FTi-7 dan pengesahan dari makmal dan SIRIM.
Kami sedang rekrut lebih ramai stokist FTi-7 untuk semua tempat di Malaysia. Sila hubungi Puan Hee di 012-5101 807.


1. Larutan: 1 : 60
Campurkan 1 liter FTi-7 dengan 60 liter air
Atau
16.66ml FTi-7 dengan 1 liter air, iaitu 1 liter FTi-7 cukup untuk semburan 60 pokok besar.
Untuk pam 16liter air, Fti-7 diperlukan ialah 16 x 16.66ml =266ml
Untuk pam 18liter air, Fti-7 diperlukan ialah 18 x 16.66ml =300ml
Arahan Penting: Goncangkan botol FTi-7 sebelum membuka. Ini untuk memastikan kesemua kandungan dalam botol bergaul dengan sempurna dan habis dituangkan keluar.
2. Dosage: 1 liter larutan (campuran) setiap pokok. Satu bulan sekali.
3. Cara penggunaan dari peringkat pindahan poli beg ke ladang:
i. Selepas ditanam:- semburan ringan ke atas daun, batang iaitu seluruh pokok dan tanah sebaik sahaja selepas ditanam (hingga dibasahi sudah mencukupi).
ii. 10 hari selepas ditanam:- semburan ringan ke atas seluruh pokok dan tanah – 50 ml larutan setiap pokok
iii. 20 hari selepas ditanam:- semburan ringan ke atas pokok dan tanah – 100 ml larutan setiap pokok
iv. 30 hari selepas ditanam:- semburkan ke atas pokok dan tanah – 200 ml larutan setiap pokok
v. 200 ml larutan ditambah setiap bulan sehingga tinggi pokok mencapai 4 kaki atau mencukupi 6 bulan di ladang.
vi. Jika tinggi pokok mencapai 4 kaki atau mencukupi 6 bulan di ladang, ia dianggap pokok dewasa. Semburan 1 liter larutan setiap pokok setiap 30 hari. Semburan harus dibuat di bahagian (a) dan (b).
Maklumat Penting:
· Tiada baja lain diperlukan apabila FTi-7 digunakan.
· FTi-7 tidak mengandungi campuran bahan kimia
· FTi-7 terdiri daripada 100% bahan asli dan semulajadi yang tidak berbahaya.
Langkah Berjaga-jaga:
· Jangan bercampur dengan racun serangga dalam larutan FTi-7 apabila membaja.
· Ubat serangga dibenarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum atau selepas FTi-7 digunakan.
· Jangan membaja apabila matahari terlalu kuat, waktu penyerapan yang paling bagus adalah pada waktu awal pagi